feedburner

Untuk 'bookmark' laman blog ini,
sila klik pada ikon diatas.
Terima kasih kerana
mengikuti laman blog SKPT.

Tahun Baru 2010

Assalamualaikum wbt.


Selamat Tahun Baru ..dan selamat memulakan sesi persekolahan baru 2010.Tahun baru, azam pun baru. Semoga pada tahun ini kita dapat mencapai apa yang diazamkan di samping menunaikan amanah dan tanggungjawab kita di SK Pulau Tawar. Di harap visi dam misi kita akan tercapai. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu.

Di tahun baru ini juga Sk Pulau Tawar berwajah baru di mana terdapat sedikit penambahan fasiliti dan penambahbaikan bangunan sekolah. Tambah berseri apabila bangunan sekolah di cat semula, tandas di baik pulih, dapat pentas baru, dan bangunan pra pun dah bertambah besar. Insya Allah, dalam sedikit masa lagi akan di upload gambar2 terbaru sekolah.

Dan tidak dilupakan juga diucapkan selamat datang kepada guru-guru yang baru berpindah masuk ke sekolah ini. Antaranya ialah, Cikgu Asiah, Cikgu Fathnin, Cikgu Adawiah, Cikgu Ridwan, Cikgu Hadi dan Cikgu Nizam.




0 comments:

Post a Comment