feedburner

Untuk 'bookmark' laman blog ini,
sila klik pada ikon diatas.
Terima kasih kerana
mengikuti laman blog SKPT.

SUKAN TAHUNAN SKPT 2010

Pertandingan Merentas Desa

akan diadakan pada:

Tarik : 25 Februari 2010
Hari : Khamis
Masa : 7.45 pagi

Sukan Tahunan SK Pulau Tawar

akan diadakan pada:

Tarikh : 07 Mac 2010
Hari : Ahad
Masa : 7.45 pagi

*semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Sukan Tahunan SKPT 2010.

Gotong-royong dan Lawatan ke SK Temin

Program Gotong-royong untuk membersihkan kawasan padang sekolah akan diadakan pada:


Tarikh: 16 Januari 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.00-11.30 pagi

Manakala untuk sesi lawatan ke SK Temin pula adalah pada:

Tarikh: 27 Januari 2010
Hari: Rabu
Masa: 2.30-5.00 ptg

Perubahan sekolah 2010


Berikut gambar-gambar perubahan wajah sekolah pada tahun 2010. Terdapat sedikit penambahan dari segi kemudahan dan penambah baikkan bangunan sekolah.


Pra-sekolah
Pra-sekolah mendapat dapur yang lebih luas dan selesa
Bangunan Pra-Sekolah yang dinaiktaraf
Bangunan yang dicat baru
Papan 'countdown' tuk UPSR sumbangan dari Bank Rakyat. Terima kasih Bank Rakyat..."saya mesti pilih"...
Pentas di hadapan dewan. Kemudahan yang baru diperolehi pada cuti sekolah yang lalu

Lagi gambar bangunan sekolah



Tahun Baru 2010

Assalamualaikum wbt.


Selamat Tahun Baru ..dan selamat memulakan sesi persekolahan baru 2010.Tahun baru, azam pun baru. Semoga pada tahun ini kita dapat mencapai apa yang diazamkan di samping menunaikan amanah dan tanggungjawab kita di SK Pulau Tawar. Di harap visi dam misi kita akan tercapai. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu.

Di tahun baru ini juga Sk Pulau Tawar berwajah baru di mana terdapat sedikit penambahan fasiliti dan penambahbaikan bangunan sekolah. Tambah berseri apabila bangunan sekolah di cat semula, tandas di baik pulih, dapat pentas baru, dan bangunan pra pun dah bertambah besar. Insya Allah, dalam sedikit masa lagi akan di upload gambar2 terbaru sekolah.

Dan tidak dilupakan juga diucapkan selamat datang kepada guru-guru yang baru berpindah masuk ke sekolah ini. Antaranya ialah, Cikgu Asiah, Cikgu Fathnin, Cikgu Adawiah, Cikgu Ridwan, Cikgu Hadi dan Cikgu Nizam.




Sambutan hari raya 2009

Sudah lama blog ini tidak dikemaskini kerana terdapat sedikit gangguan internet pada minggu lepas..Alhamdulillah...segala masalah dapat juga diatasi dengan bantuan TM dan pihak GiTN.

Majlis Sambutan Hari Raya tahun 2009 berjaya berlangsung pada hari rabu, 7 Okt. Hasil kerjasama dari semua pihak, majlis ini berjalan dengan meriah dan berjaya mencapai objektif dan matlamatnya.

Berikut gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu majlis berlangsung.

Pelajar Skpt sedang bersiap sedia untuk menikmati hidangan. Sudah tak sabar nampaknya..


Aktiviti memotong nasi impit oleh ibu-ibu di dapur PRA


Kelihatan Cikgu Yuslina dan Cikgu Rosanita sedang gigih memasak hidangan untuk tetamu.

Cikgu Sharim sedang memerhatikan En Suhaimi dan En Samdan memasak Mee.

meeting jamuan hari raya

semua sudah kembali ke sekolah. Alhamdulillah...hari ini sekolah adakan mesyuarat jamuan hari raya..kecoh jugak sebab bukan senang semua guru-guru dan kakitangan sekolah dapat berkumpul bersama-sama. telah diputuskan jamuan hari raya akan diadakan pada hari rabu minggu hadapan, 7 Sept,. ada bermacam menu. semua kakitangan dan guru juga dibahagikan tugas masing-masing. diharap majlis ini akan berjaya dilakukan dengan jayanya pada minggu depan.. Apa yang penting,....KERJASAMA...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Warga SK Pulau Tawar bercuti selama seminggu sempena sambutan hari raya Aidilfitri....diharap kita dapat berjumpa lagi selepas ini dalam keadaan yang sihat dan selamat. Bagi yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga Hari Raya kita pada tahun ini meriah, bermakna dan diberkati olehNya..Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari Unit ICT SK Pulau Tawar.....