feedburner

Untuk 'bookmark' laman blog ini,
sila klik pada ikon diatas.
Terima kasih kerana
mengikuti laman blog SKPT.

Sambutan hari raya 2009

Sudah lama blog ini tidak dikemaskini kerana terdapat sedikit gangguan internet pada minggu lepas..Alhamdulillah...segala masalah dapat juga diatasi dengan bantuan TM dan pihak GiTN.

Majlis Sambutan Hari Raya tahun 2009 berjaya berlangsung pada hari rabu, 7 Okt. Hasil kerjasama dari semua pihak, majlis ini berjalan dengan meriah dan berjaya mencapai objektif dan matlamatnya.

Berikut gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu majlis berlangsung.

Pelajar Skpt sedang bersiap sedia untuk menikmati hidangan. Sudah tak sabar nampaknya..


Aktiviti memotong nasi impit oleh ibu-ibu di dapur PRA


Kelihatan Cikgu Yuslina dan Cikgu Rosanita sedang gigih memasak hidangan untuk tetamu.

Cikgu Sharim sedang memerhatikan En Suhaimi dan En Samdan memasak Mee.

meeting jamuan hari raya

semua sudah kembali ke sekolah. Alhamdulillah...hari ini sekolah adakan mesyuarat jamuan hari raya..kecoh jugak sebab bukan senang semua guru-guru dan kakitangan sekolah dapat berkumpul bersama-sama. telah diputuskan jamuan hari raya akan diadakan pada hari rabu minggu hadapan, 7 Sept,. ada bermacam menu. semua kakitangan dan guru juga dibahagikan tugas masing-masing. diharap majlis ini akan berjaya dilakukan dengan jayanya pada minggu depan.. Apa yang penting,....KERJASAMA...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Warga SK Pulau Tawar bercuti selama seminggu sempena sambutan hari raya Aidilfitri....diharap kita dapat berjumpa lagi selepas ini dalam keadaan yang sihat dan selamat. Bagi yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga Hari Raya kita pada tahun ini meriah, bermakna dan diberkati olehNya..Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari Unit ICT SK Pulau Tawar.....

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog SK Pulau Tawar..........